PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN MANUSIA
1. Peresapan ialah pergerakan molekul - molekul dari satu kawasan yang berkepekatan lebih tinggi ke suatu kawasan yang berkepekatan lebih rendah
2. Pertukaran gas di dalam peparu di bahagian alveolus secara resapan
3. Udara yang disedut masuk ke dalam peparu mengandungi banyak oksigen tetapi kurang karbon dioksida
4. Darah terdeoksigen yang mengalir ke alveolus mengandungi sedikit oksigen tetapi banyak karbon dioksida
5. Udara di dalam alveolus mempunyai ketumpatan oksigen yang lebih tinggi berbanding di dalam kapilari darah
6. Perbezaan dari segi ketumpatan oksigen antara udara di dalam alveolus dengan udara di dalam kapilari darah menyebabkan oksigen lebih mudah dari alveolus ke dalam kapilari darah
7. Alveolus adalah suatu tisu yang cekap bagi pertukaran gas kerana ciri - cirinya yang :
- luas permukaan besar
- permukaan lembap
- dinding alveolus yang nipis (hanya setebal satu sel)
- dinding alveolus dilindungi oleh satu rangkaian kapilari darah yang luas
PERTUKARAN GAS DI DALAM ALVEOLUS
PENGANGKUTAN OKSIGEN OLEH SEL DARAH MERAH
1. Sel - sel badan memerlukan oksigen untuk menjalankan respirasi
2. Oksigen diangkut ke sel - sel darah merah dalam bentuk oksihemoglobin
Hemoglobin + Oksigen = Oksihemoglobin
3. Darah yang mengandungi oksihemoglobin diangkut ke jantung untuk diagihkan ke seluruh badan
PERESAPAN OKSIGEN DARIPADA KAPILARI DARAH KE DALAM SEL
1. Darah beroksigen mengandungi oksihemoglobin (kepekatan oksigen yang tinggi dan bekalan karbon dioksida yang rendah)
2. Sel - sel badan mempunyai kepekatan oksigen yang lebih rendah berbanding darah beroksigen
3. Apabila darah beroksigen di dalam kapilari sampai pada sel - sel di mana kepekatan oksigen adalah rendah , oksihemoglobin terurai dan membebaskan oksigen
OKSIHEMOGLOBIN = HEMOGLOBIN + OKSIGEN
4. Oksigen dibebaskan meresap ke dalam sel - sel yang digunakan untuk respirasi
No comments:
Post a Comment