Purple Moustache

Welcome

Thanks For Reading My Blog. Be Nice Here.

Wednesday, 26 February 2014

SAINS TINGKATAN 3 : BAB 1 : RESPIRASI

1.3 KEPENTINGAN SISTEM RESPIRASI YANG SIHAT


BAHAN - BAHAN KIMIA YANG MEMBAHAYAKAN SISTEM RESPIRASI

a) tar (asap rokok) - penyebab kanser peparu
b) nikotina (asap rokok) - memyebabkan ketagihan kepada tabiat mrnghisap rokok
c) karbon monoksida (asap rokok dan asap ekzos) - mengurangkan kandungan oksigen dalam darah
d) sulfur dioksida (industri dan kenderaan) - memusnahkan tisu peparu
e) hidrokarbon (industri dan kenderaan) - menyebabkan kanser)
f) jerebu (industri , kenderaan dan pembakaran terbuka) - menyebabkan kesukaran bernafas

PENYAKIT - PENYAKIT SISTEM RESPIRASI

a) kesukaran bernafas
b) kanser peparu 
c) batuk kokol
d) bronkitis 
e) kerengsaan dan pembengkakan
f) tuberkolisis
g) sakit kerongkong
h) keradangan salur respirasi
i) sakit jantung

CARA2 MENAMBAHBAIK KUALITI UDARA 

a) menggunakan bahan api tanpa plumbum
b) tidak merokok
c) menanam pokok di sekeliling rumah
d) mempraktikkan perkongsian kereta
e) menggunakan pengangkutan awam
f) menguatkuasakan undang - undang anti pencemaran udara

SAINS TINGKATAN 3 : BAB 1 : RESPIRASI

PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN MANUSIA

1. Peresapan ialah pergerakan molekul - molekul dari satu kawasan yang berkepekatan lebih tinggi ke suatu kawasan yang berkepekatan lebih rendah

2. Pertukaran gas di dalam peparu di bahagian alveolus secara resapan

3. Udara yang disedut masuk ke dalam peparu mengandungi banyak oksigen tetapi kurang karbon dioksida

4. Darah terdeoksigen yang mengalir ke alveolus mengandungi sedikit oksigen tetapi banyak karbon dioksida

5. Udara di dalam alveolus mempunyai ketumpatan oksigen yang lebih tinggi berbanding di dalam kapilari darah

6. Perbezaan dari segi ketumpatan oksigen antara udara di dalam alveolus dengan udara di dalam kapilari darah menyebabkan oksigen lebih mudah dari alveolus ke dalam kapilari darah

7. Alveolus adalah suatu tisu yang cekap bagi pertukaran gas kerana ciri - cirinya yang :

- luas permukaan besar
- permukaan lembap
- dinding alveolus yang nipis (hanya setebal satu sel)
- dinding alveolus dilindungi oleh satu rangkaian kapilari darah yang luas


PERTUKARAN GAS DI DALAM ALVEOLUS


SAINS | Memahami Pengangkutan Oksigen Dalam Badan Manusia


PENGANGKUTAN OKSIGEN OLEH SEL DARAH MERAH

1. Sel - sel badan memerlukan oksigen untuk menjalankan respirasi

2. Oksigen diangkut ke sel - sel darah merah dalam bentuk oksihemoglobin

    Hemoglobin + Oksigen = Oksihemoglobin

3. Darah yang mengandungi oksihemoglobin diangkut ke jantung untuk diagihkan ke seluruh badan


PERESAPAN OKSIGEN DARIPADA KAPILARI DARAH KE DALAM SEL

1. Darah beroksigen mengandungi oksihemoglobin (kepekatan oksigen yang tinggi dan bekalan karbon dioksida yang rendah)

2. Sel - sel badan mempunyai kepekatan oksigen yang lebih rendah berbanding darah beroksigen 

3. Apabila darah beroksigen di dalam kapilari sampai pada sel - sel di mana kepekatan oksigen adalah rendah , oksihemoglobin terurai dan membebaskan oksigen

   OKSIHEMOGLOBIN = HEMOGLOBIN + OKSIGEN

4. Oksigen dibebaskan meresap ke dalam sel - sel yang digunakan untuk respirasi 

SAINS TINGKATAN 3 : BAB 1 : RESPIRASI

MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA

SISTEM RESPIRASI MANUSIA

1. Sistem respirasi manusia membekalkan oksigen kepada badan dan menyingkirkan karbon dioksida

2. Sistem respirasi manusia :
    Rongga nasal - ruang yang dilalui udara
    Bronkus - tiub yang masuk ke dalam peparu dan bercabang kepada tiub lebih kecil yang disebut bronkiol
    Bronkiol - Cabang-cabang kecil dalam peparu yang berakhir dengan alveolus
    Diafragma - lapisan otot yang mengasingkan toraks daripada abdomen
    Trakea - tiub yang disokong oleh gelang-gelang rawan
    Tulang rusuk - tulang rusuk yang membentuk sangkar rusuk yang melindungi peparu
    Otot interkosta - otot yang terdiri diantara tulang2 rusuk
    Peparu - Terdiri daripada alveolus yang kaya dengan kapilari darah

  
 




3. Aliran udara daripada hidung ke alveolus dalam peparu ditunjukkan di bawah :

☑ Hidung ➳ Trakea ➳ Bronkus ➳ Bronkiol ➳ Alveolus


MEKANISME PERNAFASAN

1. Pernafasan melibatkan dua fasa :
a) tarikan nafas - udarra disedut masuk ke dalam peparu
b) hembusan nafas - udara dikeluarkan daripada peparu

a) PROSES TARIKAN NAFAS 


Mekanisma tarik nafas dan hembus nafas


TARIK NAFAS

- otot interkosta luar mengecut
- tulang rusuk naik ke atas dan ke luar
- otot diafragma mengecut dan mendatar
- isipadu rongga toraks bertambah
- tekanan udara di dalam rongga toraks berkurang
- tekanan atmosfera di luar badan lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga toraks
- udara disedut masuk ke dalam peparu


HEMBUS NAFAS

- otot interkosta luar mengendur
- tulang rusuk turun ke bawah dan ke dalam
- otot diafragma mengendur dan melingkung ke atas
- isipadu rongga toraks berkurang
- tekanan udara di dalam rongga toraks bertambah
- tekanan atmosfera di luar badan lebih rendah daripada tekanan udara di dalam rongga toraks
- udara dipaksa keluar daripada peparu




Friday, 21 February 2014

TIPS BIBIR MENAWAN

 sparkling_lips_by_sachiko2189-d40ogez.jpg


Assalamuaikum semua! Hari ni Ditto nak berkongsi sikit tentang tips untuk memerahkan bibir untuk sesiapa yang mengalami bibr pecah-pecah, kusam, pucat dan kering tu. Antara cara2nya adalah :

✔ Memberus bibir perlahan-lahan dengan menggunakan berus gigi dan sedikit ubat gigi pada setiap pagi
Makan banyak sayur dan buah-buahan bagi memastikan bibir sentiasa sihat
Minum banyak air. Badan kita memerlukan 8 gelas air sehari untuk menjamin kesihatan tubuh kita tau!
Memakai 'lip balm' SPF 15 untuk perlindungan bibir daripada sinar UV
Menggosokkan sedikit madu pada bibir setiap malam sebelum tidur

Haa... Nilah sedikit sebanyak maklumat yang Ditto tahu dan boleh dikongsikan bersama anda semua. Selamat Mencuba!